Thursday, 15 February 2018

MAJLIS KELUARGA


MAJLIS KELUARGA 


Hi semua , Assalamualaikum . 

Hari ini saya ingin berkongsi cerita kepada semua tentang beberapa majlis yang dibuat oleh keluarga sebelah ibu dan bapa saya . 

Antara majlis yang diraikan adalah seperti majlis pertunangan , majlis akad nikah dan majlis pertunangan . 


Pada bulan 12 tahun 2016 , keluarga ayah saya iaitu Mak Lang saya mengadakan majlis pertunangan anak lelakinya . Bakal menantunya merupakan orang Sungai Petani . Jadi kami keluarga besar beramai ramai ke rumah pihak perempuan bagi melancarkan majlis . 

Di sini saya sertakan beberapa gambar , 


Saya dan sepupu saya membawa barang hantaran daripada pihak perempuan . 





Gambar sepupu lelaki ataupun saya panggil dia angah bersama tunangnya . Gambar ini diambil secara candid . Sweet gitu . haha




Kemudian , setelah setahun mereka bertunang , mereka telah pun melangsungkan akad nikah dan majlis persandingan pada Disember 2017 . Majlis berlangsung begitu meriah sekali dengan bantuan semua ahli keluarga . 



Gambar setelah akad nikah . 



Dengan tema berwarna merah , kami mengambil gambar sebagi kenang kenangan 




Ini merupakan majlis yang dilakukan secara gotong royong , Maklang saya memilih untuk melakukan majlis secara gotong royong untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga . Keluarga yang datang sangat ramai , daripada jauh mahupun dekat . 

Saya juga sertakan beberapa gambar semasa majlis rombongan pihak perempuan ke rumah pihak lelaki @ majlis bertandang 


Pengantin tiba bersama rombongan bertemakan soft blue 



Gambar bersama sepupu yang suka berselfie ,


Pengantin perempuan bersama pelamin yang direka oleh ahli keluarga . #pelamin bajet 



Pengantin sangat menyukai pelamin bajet yang direka sendiri oleh ahli keluarga kerana dapat menjimatkan bajet mereka . 



Pengantin bergambar bersama sepupu sepupu sebelum memotong kek 


Kek tersebut merupan sponsor daripada mak saudara pengantin lelaki yang membuat perniagaan kek


Sebelum pengantin keluar melakukan photoshoot , pengantin sempat bergambar bersama "orang orang kuat" semasa majlis berlangsung 




Akhir sekali , saya sertakan beberapa gambar pengantin semasa mereka melakukan photoshoot di Teluk Kumbar 











Di sini saya selitkan bebrapa gambar semasa majlis perkahwinan sepupu sebelah ibu saya yang berlangsung pada bulan Februari 2017


Gambar bersama family , tapi kurang seorang .  



Beberapa gambar ketika majlis di pihak perempuan sedang berlangsung 



Gambar yang diambil secara diam diam 


Bersama keluarga yang datang dari jauh 



Gambar saya dan adik saya ketika majlis akad nikah berlangsung 


Berakhir sudah sedikit perkongsian saya tentang majlis yang berlangsung daripada keluarga besar saya . 

Semoga kita berjumpa di entri seterusnya . 
Bye . 













No comments:

Post a Comment