Monday, 16 April 2018

KPDNKK serbu kilang mi dan kuetiau



KPDNKK serbu kilang mi dan kuetiau tiada sijil halal sah


KPDNKK serbu kilang mi dan kuetiau tiada sijil halal sah


BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang hari ini menyerbu sebuah kilang memproses mi dan kuetiau di Mak Mandin, di sini kerana menyalah guna logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bertindak hasil maklumat daripada orang awam yang curiga dengan status halal produk yang dikeluarkan kilang itu, sepasukan penguatkuasa KPDNKK Seberang Perai Utara (SPU) bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu premis berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Ketua Cawangan KPDNKK SPU Zalina Aziz berkata ketika serbuan ke atas kilang itu terdapat beberapa pekerja sedang membungkus mi dan kuetiau menggunakan plastik tertera logo halal.

sumber : astro awani 

MONITOR



Masalah Tiada Paparan Pada Monitor

Salam,
Saya pasti ramai diantara korang semua yang pernah menghadapi masalah bila on je PC tapi display tak keluar. Pendek kata takde keluar gambar apa² pon di monitor korang. Memang masalah ni la yang biasa saya hadapi masa praktikal kat kedai komputer dulu. OK. Bila jadi mcm ni ada beberapa step yang korang semua boleh buat sebelum korang boleh ambil keputusan untuk hantar ke kedai komputer. Sekurang²nya kalau cara ni leh selesaikan masalah ni tak payah le nak keluar duit hantar kat kedai.

1. Periksa sama ada monitor korang tu ada power ke tak. Nak tau senang je. Tekan butang on di monitor korang tu. Kalau lampu kat sebelah butang tu menyala maknanya ok le monitor tu. Kalau tak menyala cek sama ada korang dah on suis ke belum. Kalau suis dah on tapi lampu pada monitor korang tak menyala gak cek pulak kabel power yang menyambungkan monitor ngan suis tadi. Cuba tukar dengan kabel power lain (kalau ade la. Pinjam kejap kabel power PC pon boleh gak kalo nak test). Kalo tak boleh juga maknanya monitor korang tu ada masalah la n hantar le ke kedai utk repair.

2. Kalau monitor ok tapi masih takde display ada beberapa kemungkinan. Pertama mungkin RAM problem. Kedua bagi yang guna display onboard (tak guna display card) mungkin port display di motherboard tu problem dan ketiga bagi yang guna display card plak mungkin display card tu problem. So, kita kena periksa semua kemungkinan ni.

POWER SUPPLY



CARA BETULKAN POWER SUPPLY YANG ROSAK 

Komputer kini menjadi perkara wajib pada manusia untuk menyelesaikan beberapa kerja tertentu. Walau bagaimanapun, perkara elektronik tidak boleh dipisahkan daripada masalah kerosakan, terutama jika ia telah digunakan dalam jangka masa yang lama.

Salah satu masalah yang paling biasa ialah power supply mati. Sekiranya ini berlaku, anda mungkin memerlukan beberapa petua atau cara membaiki power supply yang mati supaya boleh berfungsi semula.




HARGA BARANG

2017: Harga barang lebih mahal, inflasi naik 2.8%




Paras inflasi di negara ini berpotensi untuk melonjak setinggi 2.8 peratus pada tahun hadapan, di sebalik kenaikan harga barangan yang dijana oleh kelemahan berterusan nilai ringgit.

Firma penyelidikan, Nomura Research berkata, pihaknya menjangka inflasi Malaysia bakal meningkat ke tahap itu pada 2017 berbanding peningkatan purata 10 bulan sebanyak 2.1 peratus pada tahun ini.

"Tatkala rakyat Malaysia di ambang menyambut 2017, mereka berdepan dengan ringgit yang lemah dan harga makanan yang semakin mahal. Perbelanjaan pengguna akan berkurangan ekoran barang yang diimport menjadi lebih mahal, menaikkan inflasi.

"Ia didorong terutamanya oleh kesan asas daripada harga bahan api," kata Nomura Research, memetik laporan The Edge Markets.

Sementara itu, Ahli Ekonomi UOB Malaysia Julia Goh pula berkata, pihaknya menjangkakan tekanan inflasi bakal melonjak ke paras 2.5 peratus sejajar kenaikan indeks harga pengguna (CPI).

HARGA MINYAK



KPDNKK PUTUSKAN KEPERLUAN UMUM HARGA MINYAK MINGGUAN




KUALA LUMPUR: Kerajaan menyerahkan kepada pertimbangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memutuskan keperluan meneruskan langkah mengumumkan perubahan harga minyak secara mingguan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata isu berkenaan pernah dibangkitkan dalam Kabinet berikutan formula yang digunakan dalam sistem apungan harga minyak setiap minggu sudah diketahui umum.

"Kita akan tahu (perubahan harga mingguan) kerana formulanya sudah dikenal pasti dan diketahui orang awam, (maka) tidak perlu untuk kerajaan mengumumkannya.


KUPAS HAK PENGGUNA



KUPAS HAK PENGGUNA 




Program bual bicara 1 Pengguna 1 Suara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK) yang bersiaran setiap Sabtu jam 9 malam di TV1 berjaya mendapat perhatian pengguna sejak mula bersiaran akhir tahun lalu.
Ini terbukti selepas banyak maklum balas diterima daripada penonton yang berpendapat program itu berjaya memberi maklumat jelas mengenai isu berkaitan kepenggunaan.
Produser program Romzi Zulkefli berkata, biarpun program itu kedengaran serius, cara penyampaian santai oleh dua pengacara Luqman Hakim Malik dan Heliza Helmi berjaya menarik perhatian.
“Program ini menyasarkan pengguna yang sentiasa ingin tahu mengenai hak mereka sebagai pengguna dan cara menyelesaikan permasalahan harian.
“Melalui tetamu terdiri daripada penguat kuasa KPDNKK, usahawan, pengguna, persatuan pengguna malah selebriti tempatan, ia membantu pengguna dan peniaga untuk lebih memahami bidang kuasa KPDNKK dan hak pengguna,” katanya.
Program bersiaran 20 episod ini bukan sekadar mengupas isu semasa malah turut disuntik elemen komersial dan majalah.
Antaranya, segmen khas seperti Ayu Oh Ayu - sebuah sketsa komedi pendek mengenai topik terpilih, Apa Kata Pengguna - maklum balas mengenai topik perbincangan dan Operasi - aktiviti penguatkuasaan pasukan penguat kuasa KPDNKK.
Selain itu, Buletin KPDNKK - berita semasa dan aktiviti KPDNKK dan Tips Pengguna - perkongsian tip serta petua menarik untuk pengguna.
Bercakap mengenai topik perbincangan, 1 Pengguna 1 Suara mengupas isu seperti Tanda Harga, Jualan Murah, Wang Haram, Penipuan Umrah, PM Tepi, Rasionalisasi Subsidi, Cetak Rompak dan Wang atau Nyawa.
Tetamu selebriti antaranya Ahmad Idham, Fadzil Zahari, Mac Ruhayu, Fizo Omar dan Bella Zahir.
Melihat pada sambutan menggalakkan daripada penonton di TV1, program terbitan Mel Corporation Sdn Bhd ini dirancang untuk diteruskan pada musim kedua selepas tamat siaran musim pertama awal April depan.


ISU KENAIKAN HARGA RUMAH

 Dilema miliki rumah


Kemasukan pelaburan asing ke negeri ini khususnya di Wilayah Iskandar Malaysia mendorong pembangunan pesat sekaligus menjadikan Johor sebagai tumpuan utama di rantau ini.

Di sebalik pembangunan pesat itu, masyarakat berhadapan cabaran kenaikan harga rumah mendadak sehingga mencecah peningkatan 20 hingga 40 peratus, malah ada di antaranya pasrah dengan status penyewa seumur hidup kerana tidak mampu menanggung kos
pembelian rumah yang meningkat saban tahun.

Menyedari masalah yang dihadapi rakyatnya, inisiatif Kerajaan Negeri mewujudkan Dasar Perumahan Rakyat Johor sebagai pendekatan dilihat dapat membendung masalah kenaikan harga rumah di negeri ini.

Mampukah mekanisme yang dibawa Kerajaan Negeri ini mengatasi sepenuhnya kebimbangan rakyat tempatan mengenai kenaikan harga rumah pada masa ini. Ikuti kupasan berkaitan isu ini oleh wartawan Sinar Harian.